Wednesday 23 December 2015

LAPORAN PRT 2008 : EQUINE PARK UPM


LAPORAN LAWATAN BERKUMPULAN KE EQUINE PARK UPM


1.1 Pengenalan

Program lawatan berkumpulan ini diadakan bertujuan bagi memenuhi tugasan luar kuliah yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus PRT 2008 sesi 2015/2016. Selain itu, lawatan ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai sektor pertanian dan perladangan yang terdapat di UPM disamping menimba pengetahuan dan pengalaman yang menarik.


1.2 Bilangan Ahli :

Seramai 9 orang ahli yang menyertai lawatan berkumpulan ini.

  1. Sharifah Aishah Binti Syed Ali
  2. Noor Izzatul Akmal binti Mohd Said
  3. Nurhafizah binti Jalaini
  4. Farah Alwani Binti Mohd Yusoff
  5. Nor Hidayah Binti Mohd Azmi
  6. Nurul Adilah binti Johari
  7. Nor Sabilah binti Yusoff
  8. Tuan Hanis Marlisa binti Tuan Razali
  9. Alyaa Binti Azme

1.3 Tarikh Lawatan :

13 Oktober 2015


1.4 Nama Tempat :

Equin Park UPM


1.5 Penerangan info sepanjang lawatan


Pada pukul 10 pagi, 13 Oktober 2015 ( Khamis ) kami melawat persekitaran Equin Park UPM. Kami menemu bual seorang pekerja ladang tersebut En. Manikam. En Manikam sudah berkhidmat seawal 1979 sehingga sekarang. Beliau perlu menjaga 3 ekor kuda di ladang tersebut.

Sebanyak 18 ekor kuda yang dipelihara di ladang UPM antaranya, Putra Arjuna, Arbil, Lolo Renjo, Aurora dan banyak lagi. Setiap kuda yang dipelihara di sini di import dari pelbagai negara. Harga kuda-kuda yang terdapat disini nilainya juga berbeza antara RM20, 000 hingga Rm 400,000 ke atas. Harga tersebut dinilai dari pelbagai aspek seperti jenis baka dan jenis warna. Kuda yang diimport daripada Arab sekiranya dijual harganya adalah yang paling mahal.


En Manikam memberi penerangan yang jelas kepada kami, bagaimana sekiranya kuda tersebut sakit, mempunyai luka-luka dalaman dan luaran dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya mereka ingin membuat pembedahan ke atas kuda-kuda tersebut. Selalunya mereka akan memanggil pihak Kesihatan bagi meninjau atau melihat keadaan kesihatan kuda-kuda. Kuda disini diberi makan tiga atau empat kali sehari. Makanan kuda diimport daripada Australia seperti rumput yang mempunyai zat. Selain itu, antara makanannya adalah seperti rice power dan chaf ( sejenis dedak ).

Bagi pelawat-pelawat yang ingin mendapatkan servis dan menunggang kuda, bayaran yang dikenakan antara RM200 hingga RM600 sehari selama 10 jam. Antara rutin harian kuda-kuda disini, kuda-kuda ini perlu dibawa keluar untuk latihan dua atau tiga hari seminggu. Selepas kuda-kuda ini diberi latihan, kuda-kuda ini akan diberikan mandi.

Sekitar pukul 11.45 pagi, kami bergerak pulang dari ladang kuda. Terdapat banyak info menarik yang kami dapat. Pekerja di sini memang memberi kerjasama yang baik pada kami. Objektif pensyarah kami untuk memberikan pendedahan pada kami mengenai pertanian dan perladangan sangatlah tepat.


1.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, lawatan ini sangat memberikan info yang menarik dan pengalaman yang baru pada kami semua. Walaupun pada asalnya kami hanya ingin memenuhi syarat kursus PRT 2008 tetapi lawatan berkumpulan ini secara tidak langsung mengajarkan kami supaya lebih menghargai sektor pertanian dan perladangan.


1.7 LAMPIRAN